Sunday, April 12, 2009

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN ISLAM DI KUNDASANG

1. Penduduk Kundasang yang terawal memeluk Islam bermula sekitar tahun 1955-1957.


2. Orang yang mengislamkan ialah Imam Roman berbangsa Bajau Kota Belud.

3. Orang yang terawal memeluk agama Islam mengikut kawasan/kampung di Kundasang ialah:-
  • a. Pinolobuh : Hj. Sahajali (Gumaral Sawinda), Hj. Laiman Salian (Mayor Salian), Maidin Juhaman (Gook Gimbawang), Lasimin Kobu (Dungkin Kobu), Harun Salian (Boon Salian).
  • b. Nosorob : Jahamin Alifaji (Tinggalan Kayat), Jusuman (Konsoi), Kasimin Katoh (Kontugal Katoh), Juriman Katoh (Mogong Katoh)
  • c. Kinasaraban : Miasin (dipercayai antara yang terawal memeluk Islam di Ranau).
4. Selepas itu lebih ramai yang mengikuti jejak mereka dan belajar Islam secara lebih mendalam dengan Shariff Bin Ambik yang bekerja sebagai mandur Estet Getah milik British di Lobou, Telipok.

5. Antara yang seangkatan dengan mereka di kawasan Ranau seperti berikut:-
  • a. Ratau : Mohd. Ali, Samad
  • b. Torolobou : Manjun (ayah kepada YB. Datuk Hj. Masidi Manjun)
  • c. Waang : Ghani Gunggot
  • d. Togudon Lama : Roman, Ajak, Kasuman, Saimin
  • e. Randagong : Rizal
Haji Laiman Salian

Sumber : Hj. Laiman Salian, En. Jumin Gambaris dan En. Harun Salian.
Sejarah ini akan sentiasa diupdate

1 comment:

intpie sara said...

assalamualaikum ust. saya sangat berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang "bagaimana penyebaran dakwah islam untuk suku kaum dusun di ranau".. kalau boleh saya ingin mendapatkan maklumat-maklumat tersebut. menurut ust. di mana saya boleh mendapatkan maklumat yang lebih banyak???